Sunday 11 December 2016

Dia hanya ingin ketenangan

Dia tak sempat merasa kebahagian sudah kena memikir masalah.
Dia ingin cuba untuk bertabah, hakikatnya dia seorang yang lemah.
Terlalu banyak berfikir sehingga terpaksa melupakan segala keceriaan.

Bermulalah satu ceria yang mungkin banyak konflik. Dia menginginkan sebuah bahagian, tetapi sekarang dia ditimpa kesedihan. Dia perlukan sokongan moral dari semua pihak untuk dia terus jadi kuat. Dalam pada masa yang sama dia tidak boleh melupakan segala masalah yang sedang dihadapinya. Semakin hari semakin sedih dan semakin dia mendiamkan diri semakin itulah dia dihentam. Dari luaran nampak dia seorang yang kuat, tapi jika kita melihat disudut hatinya dia seorang yang lemah.

Perasaan sayang yang muncul itu datangnya dari hati
Perasaan benci yang ada itu adalah sifat.
Suka dan duka boleh tercipta dan itu adalah anugerah.

Tiba-tiba apabila dia buka media sosial tanpa diduga dia telah nampak sesuatu yang membuat hatinya sedih tanpa boleh berkata-kata. Sekarang dia mungkin sudah berpunya tapi hakikatnya dia harus melupakan orang itu. jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Dah tertulis itu jodoh dia. Redha dengan hati yang terbuka. Jangan sesekali timbulkan perasaan benci pada orang itu. Lapangkan dada dan doakan yang terbaik untuk dia. Sedih tu memang sedih, tapi jangan sesekali putus asa dengan apa yang kita dah usaha. Teruskan dan teruskan.

Keluarga yang bahagia itu ciptaan.
Dugaan yang datang itu cubaan.
Kebahagian yang ada itu rezeki.

Dia bermimpi indah mendapat keluarga yang bahagia dan dikelilingi orang-orang yang sayangkan dia. Apabila dia terjaga dari tidur yang lena baru dia tahu mimpi hanya mimpi dan realiti hanya realiti. Dia tetap berharap mimpi itu menjadi realiti yang indah baginya.

Owner blog,
Ifa Rosli

Sunday 4 December 2016

Gundah Gulana :(

Hi uolls,
Hari ni nak share 1 cerita. Hmm tak lama lagi aku kena ikut husband aku pindah dekat dengan tempat kerja dia. dari sana nak ke sini amik masa 1 jam lebih weyh. Aku pula kerja dekat shah alam dan aku sayang nak berhenti kerja ni. Aku tak pernah duduk luar dari shah alam ni. Even dah kahwin pun still duduk dekat shah alam. Bila dapat tahu husband ajak pindah sana, hati aku sejak 2 menjak ni tak menentu, kejup sedih kejup ok kejup nak nangis sampai aku sendiri tak faham apa yang aku tengah rasa ni.

Aku kerja shif bukan normal shif. Lagilah aku takut nak manage waktu bekerja aku. Paling aku takut bila kedatangan aku tak cantik. Aku nak amik cuti tanpa gaji sebulan or 6 bulan sebab banyak benda aku nak settlekan or aku nak tukar waktu bekerja aku jadi normal shif. And aku cuba bercakap dengan HOD she just said nak tukar kena atas persetujuan sesama sendiri adn fikirlah masak masak.

Aku tak boleh buat keputusan sekarang, tinggal beberapa hari je lagi aku nak kena pindah. Kalau susah sangat mungkin aku akan resign. :'(  Sayangnya aku nak tinggalkan sini, aku baru je beberapa bulan dekat sini setahun pun belum. Aduhhhh peningnyaaaaa please tolong bagi aku cadangan kalau korang ada cadangan yang bernas.


Yang benar,
 Ifa Rosli
Owner blog

Thursday 15 October 2015

Feeling

Hi, selamat tengah hari dan salam jumaat kepada semua.
Hari ni macam biasa ada benda nak share. Kalau aku tak nak share takan aku tulis dekat blog ni kan. Haa. Sekarang ni aku jadi cepat rasa nak berdebar debar. Mungkin sebab dia ke? OMG!!! Actually, bukan aku nak hancurkan kebahagian dia. Aku nak dia bahagia. Cukup aku nampak dia bahagia, aku dah bahagia. Sometimes aku rasa serba salah dengan pasangan dia. Soemtimes aku tak boleh nak tipu perasaan aku sendiri. Aku sendiri buntu nak buat macam mana. Aku selalu bertanya pada diri aku sendiri betul ke apa aku buat ni. Apa perasaan pasangan dia bila tahu aku dengan still macam dulu. Hmm aku juga rasa aku ni jahat sebab buat orang sedih sebab aku. Confused sangat ni! Please someone come to meeee. Aku nak bahu nak nangis!!! Even sekarang ni pun air mata aku dah terkeluar apatah lagi bila aku dapat tahu aku dah buat orang sakit sebab aku. Aku terlalu pentingkan diri sampaikan aku tak fikir perasaan orang lain. Kita tak akan dapat undur masa yang lalu. Walaupun masing2 dah ada life masing2, tapi perasaan boleh kita halang ke? Kalau boleh aku nak buat. Aku harap S tak baca apa aku update ni. Aku tak nak dia tahu aku sedih sebab semua ni. Aku nak dia nampak aku kuat. Hmm

Aku ingatkan bila aku tutup buku aku dengan dia, aku tak akan buka lagi. aku simpan dalam kotak dan aku akan tanam utk jaga perasaan semua orang. Tapi aku sendiri yang buka buku tu, aku sendiri yang merana. Kenapa? Sebab aku akan merana bila orang2 dekat sekeliling sedih sebab aku. Aku cuma boleh cakap, aku akan jaga S baik2 sekarang ni. Sebab aku nak tengok dia bahagia. Wahai hati, tolong aku untuk bahagiakan S ok? Aku tahu kau teman yang paling memahami aku. Walaupun aku masih harap dia jadi milik aku, aku tetap tak nak buat semua orang sakit sebab aku. Aku juga masih tertanya pada diri aku sendiri. Bila dia dah kahwin nanti aku dengan dia masih boleh macam sekarang ni ke? Ya Allah, kenapa sedih sangat hati aku ni. Hati, kau jangan sedih. Bila kau sedih, mata akan dengan tak sengaja akan menangis. Please kuat hati! :'(

Apa2 pun aku masih sayangkan dia! Cukup sekadar hati aku menyimpan perasaan ni. Terima kasih kerana sudi  dengar luahan aku.

Wednesday 14 October 2015

No title

Hi, Morning!
Dah breakfast ke? Sihat hari ni? Hmm hari ni seperti biasalah aku nak share benda yang aku sendiri tak sure aku patut share atau tak. Tapi dekat mana lagi aku nak cuba luahkan. Hmm wahai blog, kaulah teman aku dari sejak aku mula2 kenal kau. Sedih gembira aku, aku je yang tahu. Terima kasih jadi teman setia aku. :') Ok, aku mulakan cerita yang pertama....

Mula-mula macam ni.... haihhhhh macam mana aku nak start ni. Hmm *serabut*
Aku cerita pasal semalamlah. Semalamkan cuti Awal Muharam. Aku ajak husband keluar dia pun diam je. Endah tak endah, mungkin dia tak ada bajet nak bawa aku keluar. Ok aku faham. Aku pun diam je main handphone scroll facebook dari atas ke bawah pastu ulang benda yang sama. Scroll twitter. *boring* Tiba2 terdetik hati ni nak whatsapp dengan ain. Whatsapp laa dengan ain tanya buat apa. Memang nak ajak dia keluar tapi nak tanya dulu busy ke tak. Pastu dia pun kata boring terus aku ajak dia keluar. Jalan2 cuci manta dekat setia city mall dengan tak bergajinya berjalan. Hehe aku lebih suka macam tu dari nak kena rancang end up tak jadi. Itu sakit gilaaaa! Lepas zuhur kita orang keluar sampai sana hujan lebat. Ingatkan nak lepak padang tu, dah hujan kita org pusing2 dalam tu. Sampai hujan berhenti baru kita orang keluar pergi padang depan tu tangkap gambar. Petang dalam pukul 6 macam tu kita orang balik. Sebab pukul 7 ada cerita Hello! Mr perfect. Hehehe nak upload gambar2 semalam tak boleh sebab ni update blog pakai PC office. Huhuhu rasanya itu je kot cerita aku dengan ain. Sebenarnya ifa pun rindu dekat ain. rindu nak jalan2 naik kereta kancil. Hahahah :p

Cerita kedua..........................
Hmm rasa serba salah nak cerita. Takut ada yang bersangka lain dari apa yang aku cerita ni. Aku takan sebut nama sebenar dia. Dulu pernahlah kita orang rapat.Then putus dipertengahan jalan atas sebab2 tertentu. Tak apalah, benda tu kita abaikan. Tapi sekarang kita orang jadi rapat balik. Hmm rasa sedih pun ada bila terkenang balik masa aku dengan dia sebelum ni. Tapi sekarang aku dah ada life aku, dan dia pun dah ada life dia. Dia dah bahagia dengan pilihan dia :') aku tumpang gembira. Dia gembira, aku gembira. Aku doakan dia dapat capai apa yang dia nak. Amin. Sedih memang sedih sebab kita orang tak macam dulu. Aku pun tak sampai hati nak sakitkan hati pasangan dia. :'( Ada haritu tu aku terdetik nak whatsapp dia. Permulaan whatsapp biasa then adalah seteng soalan tu yang buat kita org jadi rapat semula. Susah nak gambarkan apa perasaan aku skrg ni. Aku jadi takut, sedih, suka, sayang. Macam2 laa susah nak digambarkan. Kadang2 aku terfikir andai aku dapat balik semula masa sebelum ni dengan dia. Huhuh. Dah2! makin banyak aku bercerita makin banyak air mata aku meleleh. Haihhh. Ok byeeee!

Monday 27 April 2015

Random

As salam, Hai everybody...
Lama sangat tak update blog. Kira dah berzaman laa sekarang ni. Last update masa nak tinggalkan tempat kerja lama. Lepas tu lost contact dengan kawan. Lupa nak update, sibuk dengan kerja baru, bertunang dan sibuk nak siapkan urusan perkahwinan. Haaaaa :D

Actually, ada benda nak share. Hmm Manusia tak pernah lari dari masalah. Betul tak? Sekarang kos hidup pun dah naik. Orang yang kahwin husband and wife kena kerja utk cari duit bayar ini bayar itu. Hmm Sabar laa wahai hati... Keutamaan aku sekarang nak cari kerja yg elok, kerja yg berbaloi dengan gaji dan kerja yg harmoni. Haaa :D Tempat kerja sekarang bukan tak best cuma ada seteng problem yg aku rasa macam tak tahan kerja dkt sini. Orang2 dekat sini pun aku tengok macam tak boleh lebih pada orang, salah sikit diperbesarkan. Macam2 laa. berpuak tu no 1 laa kan. Tunggu masa je aku nak bla dari sini. Dapat kerja yang elok aku nak bla. HAHAHA!

Kawan2 dekat sini best, kerja sebenarnya best juga. Cuma yang buat aku rasa tak best adalah perangai orang sekeliling. Menyibuk tepi kain orang, sibuk nak cari salah orang. Arghhh! Kenapa aku dipertemukan kerja yang macam ni? Banyak2 tempat kerja aku, tak pernah aku jumpa tempat kerja yang macam ni. Nak cerita lebih2 pun kang sampai esok tak habis. Nanti2 aku share lagi ok. Peace yaww! :)

Friday 18 July 2014

Friends :')

Assalamualaikum. Morning people~! I have new story to share with you all. Hehe :)

Semalam aku kerja pagi, aku dah boleh agak bila naik dari offday mesti kena full. Then sanggup cakap dekat supervisor nak kena balik awal sebab nak balik kampung. Itu semua semata mata nak jumpa kawan lama yang tersangat lama terpisah disebabkan pergaduhan teruk pada masa sekolah dulu. Kalau nak cerita pasal tu, memang rasa sedih sebab kawan baik masa sekolah. Pergi sana sini bersama, bila gaduh terus tak bertegur bertahun tahun lamanya. Hmm memang sedih bila nak buka balik cerita tu. Tapi semalam bila dia ajak jumpa aku yang jadi kekok sangat sebenarnya. Sebab lama sangat tak jumpa. Bila aku nak turun bawah mulut aku ni tak berhenti baca doa supaya aku boleh bertenang. Dia nampak aku, dia terus tegur. Ya Allah, sedih je hati ni bila nak masuk kereta malam tadi. Aku buat macam tak ada apa. Sebab aku nak mulakan balik semuanya.

Semalam tu memang tak ada hala tuju nak pergi, then semua decide nak pergi Plaza Masalam. Pergi sana, lepak dekat Tutti Fruitti. Lepak sana dari pukul 8.30 sampai pukul 10. Sebab nana tak boleh balik lewat. So nana drop aku dgn dia dekat rumah dia. Dia amik kereta then kita orang pergi dataran atas lepak sana sampai pukul 12.30 am. Masa tu macam macam cerita keluar. Hehe Alamdulillah sebab semuanya baik baik semalam. Aku harap hubungan persahabatan aku dengan dia akan kekal sampai akhir nafas aku. Terima kasih ekin :')




Tuesday 24 June 2014

Kisah tentang seorang mak cik yang terlalu baik.

Assalamualaikum.... Hari ni ada cerita nak share, sedih ada happy pun ada. Cerita pasal tempat kerja. Hari ni aku duduk dekat kaunter no 1. Kalau dah duduk kaunter no 1 tu memang tak menang tangan orang kata. Ada je customer yang datang nak bayar. Penat dah tentu penat, macam kaunter belakang tak ada je. Haihh geram niiii~ Then around 12 pm maybe, aku tengah batuk. Batuk tak berhenti. Tiba-tiba ada mak cik berbaju jubah putih serba lengkap dan mukanya tersenyum je memandang aku. Aku scan barang-barang dia sambil tu sembang-sembang dengan dia. Muka dia sentiasa tersenyum dan memandang aku seolah olah aku ni adalah anak dia. Masa aku tengah scan barang dia, tak ada 1 customer pun yang datang kaunter aku. Walaupun ramai customer yang lalu lalang dekat depan kaunter aku. Hmm pelik kenapa mereka tak singgah. Selesai aku scan barang-barang mak cik tu, aku sebut amount yang tertera dekat skrin aku tu dan aku pulangkan baki selebihnya dekat dia. Dia berlalu pergi jauh sedikit dari aku, beberapa minit kemudian dia datang semula dekat aku dan dia bagi aku duit RM20. Aku terus pandang dia dengan terkejut. Aku terus cakap 'tak apalah mak cik.' Dia balas kata-kata aku 'amiklah duit ni, mak cik bagi duit raya untuk awak buat belanja.' sambil berlalu pergi. Aku hanya memandang duit yang berada ditangan aku dan memandang mak cik itu berlalu pergi. Dengan secara tak sengaja, mata aku mula berair selepas tengok mak cik itu berlalu pergi.

Masa rehat, aku tengok duit tu aku tak percaya apa yang dah jadi. Kalau setakat seringgit 2 ringgit, aku tak terkejut sangat. Ni RM20, tak pernah aku dapat customer sebaik mak cik itu. Aku terfikir, mak cik itu mungkin diturunkan oleh Allah swt untuk aku. Kalau aku terjumpa dengan mak cik tu, aku teringin ucap terima kasih dekat dia. Hati aku masih sebak teringatkan mak cik tu. Dari pandangan aku mak cik tu berumur dalan limgkungan 50-an ke atas. Berpakaian serba putih. Allah swt je yang akan membalas budi baik dia. Kesedihan yang aku sedih alami sejak 2 3 hari ini menjadi pulih sikit disebabkan mak cik tu :')

Terima kasih sangat-sangat mak cik :') Ifa harap kita boleh berjumpa lagi.